1998 masuk kampus utama di Gombak. Peqhak sat budak matrik kena bercampur dengan senior-senior yang telah berada di peringkat ijazah. Bestnya dapat merasa naik bukit. Kali pertama. Bukit Chiling. Kami naik ke air terjun atas sekali. Orang kata sini ada hantu. Wallahua'lam. Masa sampai, kawan-kawan hat sampai dulu, terutama brothers dok buat terjun tiruk dah. Syoknya tengok depa lompat terjun dalam ayaq. Gedebum-gedebam. Letak ja beg, makan sikit, coih terus masuk sama dalam ayaq. Nampak kawan-kawan sisters dok berendam di satu sudut. Brothers dok main naik kok-ko (si A naik atas bahu si B) dan si AB kena jatuhkan C yang ada atas bahu D. Macam best je. Tiba-tiba salah seorang cadangkan jom main macam tu. Salah seorang sahabat sister naik atas bahu saya. Konon kaki ni kuat nak kok-ko orang. Sebaik sahaja beliau naik, kaki saya terus terjerumus daripada tapak. Bermula episod tenggelam. Tak ...
Seorang anak perempuan membawa amanah ibu dan abahnya dengan berladang dalam dunia pendidikan sebagai usahawan pusat tuisyen GDEES17 Learning Centre dan penggerak sebuah badan amal, Gooddeeds.