Langkau ke kandungan utama

BILA SENDIRI SUSAH, BARU MERASA ....


1998 masuk kampus utama di Gombak.

Peqhak sat budak matrik kena bercampur dengan senior-senior yang telah berada di peringkat ijazah.

Bestnya dapat merasa naik bukit. Kali pertama. Bukit Chiling.

Kami naik ke air terjun atas sekali. Orang kata sini ada hantu. Wallahua'lam.

Masa sampai, kawan-kawan hat sampai dulu, terutama brothers dok buat terjun tiruk dah.

Syoknya tengok depa lompat terjun dalam ayaq. Gedebum-gedebam.

Letak ja beg, makan sikit, coih terus masuk sama dalam ayaq.

Nampak kawan-kawan sisters dok berendam di satu sudut. Brothers dok main naik kok-ko (si A naik atas bahu si B) dan si AB kena jatuhkan C yang ada atas bahu D.

Macam best je. Tiba-tiba salah seorang cadangkan jom main macam tu.

Salah seorang sahabat sister naik atas bahu saya. Konon kaki ni kuat nak kok-ko orang.

Sebaik sahaja beliau naik, kaki saya terus terjerumus daripada tapak. Bermula episod tenggelam.

Tak reti berenang. HANYUTLAH.

Saya dah mengucap. Teringat belum mintak ampun dengan mak abah or even kakak abang.

Nafas dah tak mampu nak tahan. Tak tahulah berapa liter air dah tersedut ke dalam hidung.

Makin tangan cuba mengapai naik, makin dalam tenggelam. Ada sahabat cuba tarik. Tapi saya tolak beliau. Sebab ingat beliau tolak saya.

Sungguh rasa dah nak MATI. Mengucap lagi sebelum putus nafas.

Tiba-tiba ada tangan tarik saya kuat-kuat dari belakang. Mungkin beberapa orang. Mereka tarik sampai ke kawasan berbatu kecil.

Saya dengar kawan-kawan panggil nama saya. Masa tu rasa pening, sakit dada dan hidung. Mungkin air dah masuk banyak sangat. Seminit dua kemudian saya kembali okay. Tersedar hayat masih ada.

Itu 3-4 minit yang paling menakutkan yang saya takkan lupa. Teringat wajah kawan saya menangis terisak-isak kerana ingatkan saya dah lemas.

Jika Allah tidak ilhamkan beberapa orang kawan tersebut untuk menarik saya ke tebing, mungkin kini nama Fariza cuma tinggal dalam potret-potret kenangan.

Begitu cantik rancangan Tuhan Maha Perancang.

Tuhan yang sama mengilhamkan negara tercinta ini dengan ramai pemimpin-pemimpin yang baik dan kurang yang tidak baik.

Tuhan yang sama mengizinkan usaha rakyat negara ini berhasil membangun negara menjadi makmur.

Tuhan yang sama memastikan sahabat dan saya boleh bekerja di bawah langit biru, tanpa perlu berhadapan ancaman bom atau peluru sesat. Setiap hari biasa.

Tuhan yang sama mengilhamkan pembuat dasar agak bijaksana mencatur peraturan yang hampir adil untuk orang Islam dan belum Islam hidup dalam komuniti yang sama.

Tuhan yang sama merezekikan petrolium, mineral, tanah yang subur dan hasil bumi lain untuk dikerjakan.

Tuhan yang sama mengilhamkan kemurahan hati sebahagian rakyat Malaysia supaya berbelas ihsan terhadap mereka yang memerlukan.

Tuhan yang sama letakkan KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA di negara yang makmur dan aman damai.

Tuhan yang sama TIDAK MELETAKKAN kita di tempat manusia-manusia Rohingya, Syria, Palestin, Afghanistan, Somalia dan lain-lain yang kita gelar sehina-hina pelarian.

Bagaimana JIKA KITA Tuhan letakkan menanggung beban menjadi PELARIAN ? Dan pelarian yang netizen berpesta mencaci maki saat ini memegang KELEBIHAN status WARGANEGARA ?

Saya bersetuju yang mereka TIDAK BOLEH MENUNTUT HAK SEBAGAI WARGANEGARA dan perlu ikut undang-undang.

Tapi hak nak bekerja, nak makan dan nak bersekolah ?

Kita berharap Tuhan Yang Maha Pemurah murahkan dan mudahkan rezeki kita.

Tapi kita tak mahu mudahkan kesusahan orang ?

Sebagaimana diuji lemas dalam air selama 3-4 minit sahaja sudah cukup menakutkan.

Apatah lagi menjadi orang miskin berstatus pelarian. MISKIN DAN TAK BERNEGARA. Selama bertahun-tahun.

Yang pernah lemas dalam air sahaja akan merasa peritnya lemas. Yang pernah dan sedang menjadi pelarian sahaja yang akan merasa derita dan hinanya hidup tak diterima di mana-mana bila menjadi PELARIAN. Ada sahabat yang sanggup bertukar tempat dengan mana-mana pelarian ?



Pak Bhai dalam filem Seniman Bujang Lapok pernah menegur, " You punya nasib (rezeki), you makan. Dia punya nasib (rezeki), dia makan. Apa salah makan sama-sama ? "


Seadanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Shopping Raya bersama 50 pelajar asnaf Alor Setar

Assalamualaikum dan salam sejahtera   warg amaya,                                                                                                                 Ramadhan pertama. Di usia 40 tahun. Meski hangat pancaran matari, hati tetap sejuk dapat bertemunya lagi dalam keadaan jantung tetap berdegup, nafas masih terhela, mata masih melihat, telinga masih mendengar, walau sedar kualiti pendengaran sedang ditarik sedikit, demi sedikit, tangan dan kaki masih bergerak dan melangkah ke mana suka dan darah pekat masih mengalir galak. Semangat masih merah. Sama mengendong harapan untuk melakukan ibadah ini dengan lebih baik, lebih ikhlas, lebih menikmati waktu-waktu sunyi berhadapan ...
PATAH HATI TAPI BELUM MATI Cuba mengusap Leia, kucing comel kedai kraf Stickerrific Catatan di bawah saya titip pada tahun terakhir saya duduk di kerusi wartawan sebuah syarikat akhbar terkemuka negara. Saya kalah kepada arus kewartawanan perdana kerana tidak begitu cekap menghidu cerita-cerita "panas dan pedas". Saya ingin kongsikannya hari ini, selepas 6 tahun ia berdiam dalam Google drive, setia menanti tanpa tahu akan tersiar atau tidak. Tujuan berkongsi ini adalah untuk memberitahu teman-teman yang sedang patah hati di hari ini, hari sebelum 1 Ramadhan yang mulia, bahawa ujian Allah yang teruk, yang menjatuhkan, yang mematikan jasad dan jiwa, semuanya datang dengan kebaikan yang terhijab. Semuanya datang memeluk kita dengan kasih sayang. Semuanya mengajar cara memberi erti saat memberi dan menerima kasih sayang. Cara melakukannya demi Tuhan, Allah Yang Satu. =============================================================== Patah hati. M...