Langkau ke kandungan utama

Shopping Raya bersama 50 pelajar asnaf Alor Setar


Assalamualaikum dan salam sejahtera  wargamaya,                                                                                                               
Ramadhan pertama. Di usia 40 tahun.

Meski hangat pancaran matari, hati tetap sejuk dapat bertemunya lagi dalam keadaan jantung tetap berdegup, nafas masih terhela, mata masih melihat, telinga masih mendengar, walau sedar kualiti pendengaran sedang ditarik sedikit, demi sedikit, tangan dan kaki masih bergerak dan melangkah ke mana suka dan darah pekat masih mengalir galak. Semangat masih merah.

Sama mengendong harapan untuk melakukan ibadah ini dengan lebih baik, lebih ikhlas, lebih menikmati waktu-waktu sunyi berhadapan Ilahi, cuba meraih belas ihsanNya. 

Alasan kedua berasa gembira waktu ini adalah kesempatan untuk menyibukkan diri dengan aktiviti kebajikan. 

Datangnya Ramadhan kali ini bermakna waktu gembira untuk kanak-kanak kurang berkemampuan yang kami pilih kini tiba. Mereka akan dibawa membeli-belah baju baharu untuk dipakai pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Oh, ya. Program Shopping Raya kali ini, seperti setiap kalinya sejak 3 tahun lalu akan berjalan di bawah penganjuran badan bukan kerajaan yang didaftar dengan nama rasmi Kelab Gooddeeds Kedah. Teman-teman dan saya memanggil persatuan kecil kami ini Gooddeeds sahaja. Ringkas dan mesra. Sahabat boleh mendapatkan maklumat berkenaan program-program lain di sini https://www.facebook.com/gooddeedskedah/?ref=aymt_homepage_panel&eid=ARC3_Qyk6VGqILFvGZKkGgxg3u0ElgppuZbjadSbHRjgVFKWGEdFtgmSCirnirHnX5YBQ7RbqWXHlmTw

Impian program Shopping Raya 2019 :
- Menggembirakan 50 kanak-kanak asnaf dari sekitar Alor Setar.
- Bajet : RM200 seorang yang akan dibelanjakan untuk membiayai
a) sepasang pakaian lengkap untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan 
b) sepasang kasut
c) pakaian dalam 2 pasang untuk setiap kanak-kanak
d) duit raya
e) pengangkutan (bagi kanak-kanak yang memerlukan)
f ) pengurusan 
g) promosi

Sahabat yang mahu turut sama menyemarakkan Ramadhan dengan mengembirakan 50 kanak-kanak ini, boleh menyumbang mengikut akaun di  bawah :


Nama bank

AFFIN ISLAMIC BANK

Nama akaun bank

KELAB “GOODDEEDS” KEDAH

Nombor akaun

20 - 523 - 012410 - 8
            
Slip transaksi boleh dihantar melalui Whatsapp kepada Fariza di 0193252075. 

Jika sahabat nak tahu, sebahagian daripada 50 kanak-kanak berada di bawah bimbingan program pendidikan Gooddeeds, Klass of Hope, di mana kanak-kanak berkenaan dibantu supaya mahir membaca dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 

Harapan kanak-kanak ini untuk meneruskan kelas didukung secara berterusan oleh sahabat-sahabat maya melalui program "crowdfunding" bulanan yang dilakukan oleh Gooddeeds sejak 2016.

Begitu seadanya.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BILA SENDIRI SUSAH, BARU MERASA ....

1998 masuk kampus utama di Gombak. Peqhak sat budak matrik kena bercampur dengan senior-senior yang telah berada di peringkat ijazah. Bestnya dapat merasa naik bukit. Kali pertama. Bukit Chiling. Kami naik ke air terjun atas sekali. Orang kata sini ada hantu. Wallahua'lam. Masa sampai, kawan-kawan hat sampai dulu, terutama brothers dok buat terjun tiruk dah. Syoknya tengok depa lompat terjun dalam ayaq. Gedebum-gedebam. Letak ja beg, makan sikit, coih terus masuk sama dalam ayaq. Nampak kawan-kawan sisters dok berendam di satu sudut. Brothers dok main naik kok-ko (si A naik atas bahu si B) dan si AB kena jatuhkan C yang ada atas bahu D. Macam best je. Tiba-tiba salah seorang cadangkan jom main macam tu. Salah seorang sahabat sister naik atas bahu saya. Konon kaki ni kuat nak kok-ko orang. Sebaik sahaja beliau naik, kaki saya terus terjerumus daripada tapak. Bermula episod tenggelam. Tak ...
PATAH HATI TAPI BELUM MATI Cuba mengusap Leia, kucing comel kedai kraf Stickerrific Catatan di bawah saya titip pada tahun terakhir saya duduk di kerusi wartawan sebuah syarikat akhbar terkemuka negara. Saya kalah kepada arus kewartawanan perdana kerana tidak begitu cekap menghidu cerita-cerita "panas dan pedas". Saya ingin kongsikannya hari ini, selepas 6 tahun ia berdiam dalam Google drive, setia menanti tanpa tahu akan tersiar atau tidak. Tujuan berkongsi ini adalah untuk memberitahu teman-teman yang sedang patah hati di hari ini, hari sebelum 1 Ramadhan yang mulia, bahawa ujian Allah yang teruk, yang menjatuhkan, yang mematikan jasad dan jiwa, semuanya datang dengan kebaikan yang terhijab. Semuanya datang memeluk kita dengan kasih sayang. Semuanya mengajar cara memberi erti saat memberi dan menerima kasih sayang. Cara melakukannya demi Tuhan, Allah Yang Satu. =============================================================== Patah hati. M...