Langkau ke kandungan utama

Catatan

BILA SENDIRI SUSAH, BARU MERASA ....

1998 masuk kampus utama di Gombak. Peqhak sat budak matrik kena bercampur dengan senior-senior yang telah berada di peringkat ijazah. Bestnya dapat merasa naik bukit. Kali pertama. Bukit Chiling. Kami naik ke air terjun atas sekali. Orang kata sini ada hantu. Wallahua'lam. Masa sampai, kawan-kawan hat sampai dulu, terutama brothers dok buat terjun tiruk dah. Syoknya tengok depa lompat terjun dalam ayaq. Gedebum-gedebam. Letak ja beg, makan sikit, coih terus masuk sama dalam ayaq. Nampak kawan-kawan sisters dok berendam di satu sudut. Brothers dok main naik kok-ko (si A naik atas bahu si B) dan si AB kena jatuhkan C yang ada atas bahu D. Macam best je. Tiba-tiba salah seorang cadangkan jom main macam tu. Salah seorang sahabat sister naik atas bahu saya. Konon kaki ni kuat nak kok-ko orang. Sebaik sahaja beliau naik, kaki saya terus terjerumus daripada tapak. Bermula episod tenggelam. Tak
Catatan terbaharu

LANGKAH-LANGKAH MENGADAKAN PROGRAM “GUIDED READING” SECARA BERKUMPULAN DALAM BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH

LANGKAH 1 Tetapkan objektif bagi setiap sesi pembelajaran.  Bahagi pelajar berdasarkan kelancaran, pemahaman dan lain-lain. Jangan campur bagi membantu  Guru sebagai pemudahcara boleh menggunakan pelbagai strategi dan kemahiran semasa memberi arahan.  Antara yang boleh diaplikasikan adalah : Membaca dan mengenalpasti sight words (perkataan yang biasa digunakan seperti a, and, as, big dan back) Menunjukkan picture cue (gambar berisyarat) Membaca perkataan dari kiri ke kanan. Guna pointer/penunjuk jari atau alat lain Membuat prediksi (contoh: tanya pelajar apa pendapat mereka tentang jalan cerita) Menggunakan pengetahuan yang telah dimiliki pelajar atau diajar sebelumnya Mengenalpasti elemen-elemen cerita (elemen sebuah cerita ada 5 ; watak dan perwatakan, tempat kejadian, plot, konflik dan resolusi) Mengulang-ulang Ikut urutan  Kemahiran fonik LANGKAH 2 Pilih bahan bacaan yang sesuai dengan kemampuan setiap kumpulan pelajar LANGKAH 3 Rancang

Shopping Raya bersama 50 pelajar asnaf Alor Setar

Assalamualaikum dan salam sejahtera   warg amaya,                                                                                                                 Ramadhan pertama. Di usia 40 tahun. Meski hangat pancaran matari, hati tetap sejuk dapat bertemunya lagi dalam keadaan jantung tetap berdegup, nafas masih terhela, mata masih melihat, telinga masih mendengar, walau sedar kualiti pendengaran sedang ditarik sedikit, demi sedikit, tangan dan kaki masih bergerak dan melangkah ke mana suka dan darah pekat masih mengalir galak. Semangat masih merah. Sama mengendong harapan untuk melakukan ibadah ini dengan lebih baik, lebih ikhlas, lebih menikmati waktu-waktu sunyi berhadapan Ilahi, cuba meraih belas ihsanNya.  Alasan kedua berasa gembira waktu ini adalah kesempatan untuk menyibukkan diri dengan aktiviti kebajikan.  Datangnya Ramadhan kali ini bermakna waktu gembira untuk kanak-kanak kurang berkemampuan yang kami pilih kini tiba. Mereka akan dibawa membeli-
PATAH HATI TAPI BELUM MATI Cuba mengusap Leia, kucing comel kedai kraf Stickerrific Catatan di bawah saya titip pada tahun terakhir saya duduk di kerusi wartawan sebuah syarikat akhbar terkemuka negara. Saya kalah kepada arus kewartawanan perdana kerana tidak begitu cekap menghidu cerita-cerita "panas dan pedas". Saya ingin kongsikannya hari ini, selepas 6 tahun ia berdiam dalam Google drive, setia menanti tanpa tahu akan tersiar atau tidak. Tujuan berkongsi ini adalah untuk memberitahu teman-teman yang sedang patah hati di hari ini, hari sebelum 1 Ramadhan yang mulia, bahawa ujian Allah yang teruk, yang menjatuhkan, yang mematikan jasad dan jiwa, semuanya datang dengan kebaikan yang terhijab. Semuanya datang memeluk kita dengan kasih sayang. Semuanya mengajar cara memberi erti saat memberi dan menerima kasih sayang. Cara melakukannya demi Tuhan, Allah Yang Satu. =============================================================== Patah hati. M