LANGKAH-LANGKAH MENGADAKAN PROGRAM “GUIDED READING” SECARA BERKUMPULAN DALAM BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH
LANGKAH 1
- Tetapkan objektif bagi setiap sesi pembelajaran.
- Bahagi pelajar berdasarkan kelancaran, pemahaman dan lain-lain. Jangan campur bagi membantu
- Guru sebagai pemudahcara boleh menggunakan pelbagai strategi dan kemahiran semasa memberi arahan.
- Antara yang boleh diaplikasikan adalah :
- Membaca dan mengenalpasti sight words (perkataan yang biasa digunakan seperti a, and, as, big dan back)
- Menunjukkan picture cue (gambar berisyarat)
- Membaca perkataan dari kiri ke kanan. Guna pointer/penunjuk jari atau alat lain
- Membuat prediksi (contoh: tanya pelajar apa pendapat mereka tentang jalan cerita)
- Menggunakan pengetahuan yang telah dimiliki pelajar atau diajar sebelumnya
- Mengenalpasti elemen-elemen cerita (elemen sebuah cerita ada 5 ; watak dan perwatakan, tempat kejadian, plot, konflik dan resolusi)
- Mengulang-ulang
- Ikut urutan
- Kemahiran fonik
LANGKAH 2
LANGKAH 3
- Pilih bahan bacaan yang sesuai dengan kemampuan setiap kumpulan pelajar
LANGKAH 3
- Rancang aktiviti-aktiviti yang sesuai sebelum membaca, semasa membaca dan selepas membaca.
SEBELUM MEMBACA :
- Bina latarbelakang buku :
- Tunjukkan muka hadapan buku cerita.
- Jika buku ada sebuah sahaja, buat salinan untuk setiap pelajar, laminasikan supaya boleh digunakan untuk sesi lain. Boleh jimat duit sekolah
- Tanya pendapat pelajar tentang isi cerita
- Guna ekspresi muka dan suara yang kuat bagi menambah rasa ingin tahu pelajar terhadap cerita
- Kaitkan dengan pengalaman pelajar atau buku yang telah dibaca sebelumnya
- Gambar berjalan : Gambar boleh berjalan?! Jika guru bergerak, gambar pun akan bergerak. Itulah gambar berjalan.
- Tunjukkan beberapa mukasurat bergambar dan galakkan mereka berbincang tentang apa yang dilihat dalam gamba
- Beri penekanan kepada perkataan berfrekuensi tinggi (kerap muncul) atau perkataan yang hendak difokus semasa sesi.
SEMASA MEMBACA :
- Guru membaca terlebih dahulu. Guna suara yang kuat, buat ekspresi muka sesuai dengan nada ayat.
- Diikuti pelajar ikut dengan menunjukkan setiap perkataan yang dibaca
- Selepas guru membaca keseluruhan teks, pelajar akan membaca mengikut kemampuan masing-masing.
- Sesetengah kanak-kanak suka membaca dengan suara berbisik kerana ia kedengaran menyeronokkan
- Guru akan bergerak dari 1 pelajar kepada pelajar lain sambil mendengar pelajar membaca sambil membuat observasi, memberi bantuan sokongan seperti membetulkan bacaan dan membuat nota siapa dan apa yang perlu diberi lebih perhatian.
- Ini dibuat sepanjang sesi membaca supaya penambahbaikan boleh dibuat untuk sesi seterusnya.
- SELEPAS MEMBACA
- Selepas membaca teks, buat sesi pembelajaran pendek dengan semua kumpulan.
- Fokus kepada strategi dan / atau kemahiran yang telah ditetapkan sebelum membaca tadi.
- Pastikan pelajar faham apa yang diajar.
- Contohnya, jika guru menetapkan untuk mengajar 10 sight words, pastikan pelajar faham maksud dan/atau cara guna 1 atau 2 perkataan. Ini bagi memastikan sesi tersebut memberi faedah kepada pelajar dan kepuasan kepada guru yang mengajar.
- Pemahaman pelajar sangat penting kerana ia memberi signal sesuatu ilmu telah berkembang atau tidak.
Kaedah di atas, bagaimanapun, bukan sesuatu yang rigid atau tidak boleh diubah.
Sesi membaca boleh menjadi satu yang menyeronokkan jika dirancang dengan baik. Ia tidak memerlukan kos besar kecuali sedikit kerahan tenaga dan fikiran.Bergantung kepada kreativiti guru dan sejauh mana guru sanggup mengajar sehingga pelajar benar-benar telah belajar, itu yang lebih utama.
Untuk tulisan selanjutnya, saya akan kongsikan gambar melakukan sesi GUIDED READING sebagai demonstrasi lebih jelas untuk guru-guru.
Guru-guru atau ibu bapa yang ada mengamalkan kaedah lain, boleh kongsikan dalam komen. Sama-sama kita berkongsi ilmu.
Berhenti di sini dahulu hari ini.

Ulasan
Catat Ulasan